BANNER

Cetakan banner dipercayai dengan kualiti tinggi, proses pantas dan harga berbaloi. Kami memahami keperluan anda untuk mendapatkan cetakan yang kemas, tahan lasak dan cepat siap sama ada untuk promosi, majlis mahupun kegunaan harian perniagaan.

SAYA NAK WHATSAPP TEAM
SAYA NAK TEMPAH SEKARANG

Kenapa Pelanggan Pilih FLEXISPRINT?

  • Cetakan menggunakan Happond Solvent Digital Inkjet

  • Material tahan lasak – Tarpaulin 320gm | Tarpaulin 380gsm

  • Proses Express tersedia – siap seawal 1 jam

  • Design custom diterima atau kami bantu buat design baru

  • Harga termasuk SST 10%, tiada caj tersembunyi

  • Tiada minimum order – 1 helai pun kami terima

Spesifikasi Banner

Perbezaan antara Tarpaulin 320gsm dan Tarpaulin 380gsm biasanya merujuk kepada gramasi (gsm – gram per square meter), iaitu ketebalan dan ketumpatan material tarpaulin tersebut. Berikut cara untuk membezakannya :

    1. Ketebalan & Ketumpatan (GSM)
      • Tarpaulin 320gsm:
        • Lebih ringan.
        • Lebih nipis.
        • Sesuai untuk kegunaan sementara atau ringan seperti penutup barang, khemah kecil atau kanopi biasa.
      • Tarpaulin 380gsm:
        • Lebih tebal dan padat.
        • Lebih tahan lasak.
        • Sesuai untuk kegunaan lebih berat seperti lori, tapak projek, atau perlindungan luar jangka panjang.
    2. Rasa & Berat Bila Dipegang
      • 380gsm akan terasa lebih berat dan kasar bila dibandingkan dengan 320gsm walaupun saiz sama.
      • Bila dilipat, 380gsm akan terasa lebih tebal dan keras.

Saiz maksimum sehingga 58ft (1ft = 12inch)

Cara Untuk Pilih Saiz

Memilih saiz banner yang sesuai bergantung kepada tujuan, lokasi, jarak pandang dan kandungan (informasi). Berikut panduan mudah untuk pilih saiz banner dengan tepat:

  1. Tentukan Tujuan dan Kegunaan
    • Booth/Meja Pameran > 2ft X 4ft / 2ft X 5ft
    • Hadapan Kedai > 2ft X 6ft / 3ft X 8ft
    • Iklan Outdoor (Jalan) > 4ft X 12ft / 6ft X 20ft
    • Event/Backdrop Pentas > 8ft X 8ft / 10ft X 12ft / 10ft X 20ft
    • Banner Gantung Jalan > 2ft X 10ft / 3ft X 12ft
  2. Fikir Lokasi & Jarak Pandang
    • Dekat (indoor, booth) : Saiz kecil-medium sudah cukup, pastikan teks mudah dibaca dari 1-2 meter.
    • Jauh (tepi jalan, outdoor) : Perlu saiz besar, teks tebal & jelas, boleh dibaca dari jarak 10-50 meter.
  3. Isi Kandungan (Informasi)
    • Lebih banyak info = perlukan banner lebih besar. Tapi elakkan terlalu padat, ikut prinsip ini:
      • Headline utama (besar & jelas)
      • Subtext / info ringkas
      • Gambar / logo tidak terlalu besar kecuali penting
  4. Pilihan Layout : Horizontal (Banner) vs Vertical (Bunting)
    • Banner > Sesuai untuk gantung atas pentas, dinding, pagar
    • Bunting > Sesuai untuk standee, booth promosi, kedai kecil
  5. Tips Tambahan 
    • Guna saiz standard mudah untuk cetak dan jimat kos
    • Bawa ukuran ruang sebenar untuk rujukan design dan cetak
    • Untuk sekali pakai, boleh guna Tarpaulin 320gsm. Untuk jangka panjang, guna Tarpaulin 380gsm.

Penarangan Finishing

1. Eyelet Only

  • Lubang bulat besi (Eyelet) diletakkan di keliling banner (biasanya di tepi atau setiap 2-3 kaki).
  • Digunakan apabila
    • Nak gantung guna tali sendiri, kabel tie atau paku
    • Contoh : Gantung di pagar, dinding atau khemah

2. Eyelet & Rope

  • Eyelet seperti di atas, ditambah tali (rope).
  • Digunakan apabila
    • Nak terus gantung tanpa cari tali sendiri
    • Jimat masa & senang pasang
    • Contoh : Event persendirian, banner kenduri, promosi cepat

3. Cut to Size

  • Banner hanya dipotong ikut saiz, tiada eyelet, tiada lipat tepi, tiada tali.
  • Digunakan apabila
    • Masuk dalam struktur sendiri (roll-up stand, frame besi, letak atas meja)
    • Untuk print besar nak potong sendiri ikut design
    • Contoh : Masuk frame pameran, signage
    • ⚠️ Tak sesuai untuk gantung langsung — mudah koyak tanpa finishing

4. Folding Edges (Lipat Tepi)

  • Tepi banner dilipat ke belakang dan dilekat (guna gam). Kadang boleh tambah eyelet atas lipatan tu.
  • Digunakan apabila
    • Nak banner nampak lebih kemas & tahan koyak
    • Banner akan tahan lebih lama sebab tepi tak terdedah
    • Contoh : Banner outdoor, lama terdedah cuaca

5. Pocket on Top & Bottom

  • Lipatan dibuat atas dan bawah untuk masukkan batang besi atau paip. Seperti sleeve.
  • Digunakan apabila
    • Nak gantung dari batang (atas & bawah tarik tegang)
    • Backdrop pentas, photobooth, banner gantung dari siling
    • Contoh : Event rasmi, pentas, masjid, kain rentang

6. Extra White Border

  • Design banner dicetak dalam saiz tertentu, tapi dibiarkan ada ruang putih keliling (4 inci).
  • Digunakan apabila
    • Untuk nampak bingkai putih keliling (gaya design minimal)
    • Untuk pastikan text tak sampai ke hujung sangat (safety margin).
    • Kadang dipilih bila nak pasang dalam frame — jadi area print tak masuk tepi.
    • ⚠️ Bukan finishing teknikal untuk pasang, tapi untuk penampilan.

Pilihan Tempoh Siap Banner

  • Express – 2 Hari Bekerja
  • Super Express – Esok
  • Super Power Express – Hari yang sama
  • Instant Process – 1-2 jam

Nota : Tempahan design Baharu akan ambil masa tambahan dan caj rekaan akan dikenakan

SAYA NAK WHATSAPP TEAM
SAYA NAK TEMPAH SEKARANG

Perlu Bantuan Design Banner?

Tak ada design? Jangan risau. Team kami sedia bantu anda hasilkan design yang menarik dan professional. Hanya nyatakan info dan mesej yang anda mahukan, kami akan uruskan selebihnya.

Harga Berbaloi & Termasuk SST

Semua harga kami sudah termasuk SST 10%. Tiada bayaran tersembunyi. Anda hanya bayar untuk apa yang anda tempah.

Tempah Banner Anda Sekarang!

Hubungi kami melalui Whatsapp untuk konsultasi percuma

Emailkan design anda / minta bantu design – order@flexisprint.my

Walk in terus ke cawangan FLEXISPRINT

SAYA NAK WHATSAPP TEAM
SAYA NAK TEMPAH SEKARANG
LOKASI KAMI (SEKSYEN 2)
LOKASI KAMI (SEKSYEN 13)

HOW TO ORDER?

Need Help On Digital & Offset Printing?

Let Our Printing Expert Assist You.
Submit Your Inquiry Now!