Design Bunting Dengan Mudah Menggunakan Powerpoint

Dalam hidup ini, ada perkara yang ingin kita raikan sebagai kenangan terindah. Seperti hari jadi, ulangtahun perkahwinan, apatah lagi majlis perkahwinan.

Mungkin majlis yang ingin diadakan tidak lah semewah mana, sekadar yang mampu. Namun begitu, dengan adanya design bunting, pasti akan mencantikkan dan meriahkan lagi suasana.

Bunting juga bertujuan untuk mempromosikan sesuatu. Tidak kira samada produk, perkhidmatan, acara atau majlis keraian. Bunting yang cantik boleh menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke majlis tersebut, atau membeli produk.

Hanya menggunakan software mudah seperti Microsoft Powerpoint, anda boleh design sendiri bunting yang anda inginkan.

Di sini akan dikongsikan cara-cara buat design bunting dengan Powerpoint. Selamat mencuba!

  1. Buka Powerpoint dan set orientation slide

Perkara pertama, buka powerpoint di komputer anda. Kemudian, adjust orientation slide anda kepada menegak. Seperti yang kita tahu, bunting adalah dalam bentuk menegak manakala banner dalam bentuk melintang.

Bagi memudahkan anda design bunting dengan tepat, klik pilihan grid dan rulers. Jangan risau, garisan itu tidak akan kelihatan pada bunting anda.

grid and ruler

Kemudian, set saiz di pilihan page setup dan tukar kepada banner. Anda juga boleh set saiz mengikut ukuran bunting.

saiz banner

  1. Lukis bentuk bunting

Sekarang, anda boleh mula lukis bentuk bunting yang anda inginkan. Bunting dalam bentuk menegak, sesuai jika dalam bentuk segi empat tepat. Anda boleh adjust kedudukan bentuk ini, atau pastikan ia di tengah-tengah.

  1. Format bentuk bunting

Anda boleh format bentuk bunting ini mengikut citarasa anda. Saiz, samada lebar atau tinggi boleh ditetapkan di pilihan format shape.

Di pilihan ini juga, terdapat banyak effect yang anda boleh cuba. Antaranya seperti shadow, reflection dan glow edges. Di sini anda boleh try and error, mana tahu kreativiti anda boleh menghasilkan bunting yang menarik.

Selain itu, anda juga boleh tetapkan posisi bentuk bunting anda. samada ke tengah, ke tepi dan sebagainya.

  1. Pilih warna atau texture bunting

Di pilihan format shape juga anda boleh memilih warna atau texture bagi bunting anda. Bagi memilih warna yang sesuai, anda perlu kenalpasti konsep bunting anda.

Pelbagai effect warna anda boleh cuba di bahagian ini. Selain dari solid colour, terdapat juga gradient, pattern fill dan texture. Anda boleh bermain di bahagian ini, bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

  1. Masukkan gambar atau tulisan

Dah selesai bahagian background bunting. Sekarang, anda boleh masukkan gambar atau tulisan pada bunting anda.

Anda boleh masukkan apa sahaja gambar atau bentuk lain atas bunting anda. Pastikan susunan tidak terlalu penuh atau crowded.

Sebagai contoh, design bunting ini adalah untuk sambutan majlis harijadi. Dengan mengikut langkah 1 sehingga 5, anda juga boleh design bunting dengan powerpoint. Mudah bukan?

Dah design bunting, tapi nak cetak di mana?

Dengan kreativiti dan imaginasi yang luas, anda boleh design bunting sendiri. Tapi, di mana hendak cetak bunting tersebut?

Jangan risau, Flexisprint menyediakan khidmat cetakan bunting, banner dan pelbagai lagi bahan promosi. Bukan sahaja menawarkan hasil yang berkualiti tinggi, ia juga boleh menjimatkan masa dan wang anda.

Di Flexisprint, anda boleh dapatkan nasihat pakar bagi memurnikan lagi design bunting anda. Secara tak langsung, bunting anda boleh menghasilkan impak maksima.

Anda boleh email sahaja design bunting anda, atau singgah terus di kedai Flexisprint yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

 

 

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

 

 

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19,jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint