Ingin Design Banner Tapi Tidak Tahu Cara Nya? Ikuti langkah demi langkah untuk menghasilkan rekaan banner design yang menarik…

Banner dan bunting kebiasaannya digunakan untuk mempromosikan sesuatu. Tidak kiralah samada produk, servis, majlis dan macam-macam lagi. Sebagai contoh, majlis perkahwinan sering dihiasi dengan banner design dan bunting pengantin.

Jika anda seorang usahawan, pasti anda ingin mempromosikan produk anda.

Sudah tentu, banner design sering menjadi pilihan. Dengan banner yang menarik, akan membuatkan pelanggan dan pengguna lebih terpikat untuk menggunakan produk anda.

Mengupah professional designer bagi merekabentuk banner anda merupakan pilihan terbaik.

Namun begitu, anda boleh membuat design sendiri dan berbincang dengan designer anda.

Sedikit sebanyak, anda boleh menggabungkan idea anda dengan kepakaran designer.

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu perkara ini dahulu.

 

Tahu membezakan antara banner dan bunting

 

Sebelum anda mula buat design banner, anda perlu tahu perbezaan antara banner dan bunting.

Secara mudah, banner adalah dalam bentuk melintang.

Manakala bunting pula dalam bentuk menegak.

Ketika membuat design, pastikan orientation design anda dalam bentuk melintang. Tidaklah sia-sia design anda jika terbalik atau tersilap.

 

Tahu menggunakan sekurang-kurangnya satu software untuk design

 

Untuk membuat banner design, anda boleh gunakan software yang bersesuaian.

Oleh itu, anda perlu tahu menggunakan sekurang-kurangnya satu software untuk buat design.

 

photoshop

Antara software yang sesuai ialah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan bermacam-macam lagi.

Jika anda beginner dan baru ingin berjinak-jinak dengan banner design, software ini agak susah dan kompleks.

Terdapat juga software yang simple dan mudah untuk digunakan bagi beginner. Antaranya seperti Microsoft Publisher dan Photoscape.

 

Saiz yang diingini

 

Banner mempunyai beberapa saiz tetap yang sering digunakan. Ia berbeza mengikut kemampuan mesin cetak di tempat ia dicetak.

Pastikan anda telah set saiz yang anda diingini. Jika tidak, dikhuatiri resolution serta susunan design lari atau tidak cantik setelah dicetak.

Boleh jadi banner design anda memang cantik dan meletup. Namun hanya kerana tersalah saiz, ia menjadi buruk dan lari dari alignment.

 

Colour mode yang sesuai

Warna semestinya memainkan peranan yang sangat penting dalam banner. Penggunaan warna yang sesuai akan menjadikannya lebih berkesan.

 

RGB-CMYK

 

Terdapat dua jenis colour mode, iaitu RGB dan CMYK.

  1. RGB

RGB merujuk pada Red, Green dan Blue. Colour mode ini lebih sesuai untuk rekabentuk digital seperti banner website dan blog.

  1. CMYK

CMYK merujuk pada Cyan, Magenta, Yello dan Key (hitam). Colour mode in sesuai untuk rekabentuk cetakan banner dan bunting kad.

Jika anda buat banner untuk dicetak, colour mode ini adalah yang terbaik.

 

Maklumat yang ingin dipaparkan

Maklumat dan informasi yang ingin dipaparkan pada banner harus datang dari anda.

Meskipun anda mengupah professional, anda lebih tahu apa yang perlu ditulis pada banner tersebut.

Susunan ayat yang cantik dan diselitkan bersama gambar yang bersesuaian. Ia pasti dapat menyampaikan mesej dengan mudah dan lebih berkesan.

 

Dah buat banner, kemudian…

Apa tunggu lagi, emelkan banner design anda ke Flexisprint, atau singgah sahaja di kedai.

Anda boleh dapatkan nasihat pakar untuk memurnikan lagi banner design anda.

Di Flexisprint, anda boleh menjimatkan masa bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi. Dengan cetakan yang tepat dan warna yang memikat, pasti menjanjikan impak yang maksima.

Design anda akan siap tepat pada waktu yang dijanjikan.

Ia dihasilkan menepati citarasa dan kepuasan anda. Jika tidak, wang anda akan dikembalikan.

 

Klik sini untuk menghubungi kami.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

 

 

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

 

 

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19,jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint