Penggunaan sticker label semakin popular digunakan. Ia bukan sahaja bertujuan untuk berniaga tetapi ianya juga digunakan di dalam majlis – majlis keraian sama ada majlis kecil mahupun besar.
Terdapat pelbagai jenis sticker label printing yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan serta design yang menarik mengikut citarasa.
Sebelum anda membuat tempahan sticker untuk produk anda, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah jenis produk yang akan diletakkan sticker printing itu.
Hal ini kerana tidak semua bentuk sticker label sesuai dengan bekas produk anda dan jenis produk tersebut. Ianya mengambil kira atas faktor daya tarikan melihat.
Berikut merupakan beberapa jenis sticker printing Malaysia yang boleh digunakan. Setiap jenis mempunyai perbezaan dari segi kualiti material kertas dan dakwat yang dihasilkan.
Antaranya adalah:
- Sticker label PVC atau PP White
Sticker printing jenis ini pada dasarnya diperbuat daripada kertas plastik yang glossy.
Ianya amat sesuai digunakan untuk produk sejuk beku ataupun yang terdedah dengan air.
Namun, jenis ini tidak boleh menggunakan dakwat daripada printer biasa. Ianya lebih sesuai dengan dakwat laserjet print.
Kelebihan sticker printing jenis pp white ini adalah, ianya sesuai ditampal di bekas produk makanan sejuk beku dan botol minuman.
- Sticker label Mirrorkote
Sticker printing jenis mirrorkote ini diperbuat daripada bahan kertas yang licin.
Ianya sering diguna pakai pada bahagian bekas packaging makanan, doorgift serta produk kosmetik.
Apa yang pasti, sticker printing Malaysia jenis mirrorkote ini antara menjadi pilihan ramai kerana harga yang berpatutan.
Namun, setanding dengan harga yang berpatutan, sticker label jenis ini mempunyai kelemahannya.
Warna design akan mudah luntur jika terkena air atau sering terdedah dengan cahaya matahari.
Jadi, anda perlu sering menukar sticker selang beberapa bulan mengikut keadaan setempat.
- Sticker label White Sticker
Sticker printing label Malaysia jenis White Sticker merupakan antara jenis sticker printing yang bagus dan tahan lasak.
Ia sesuai digunakan untuk tampal di badan kenderaan, mesin layan diri dan sering digunakan sebagai “sticker gift” untuk pengusaha vape dan pomade.
Akan tetapi, harga untuk material ini adalah sedikit mahal berbanding mirrorkote sticker.
Anda perlulah menempah bukaan sticker dengan kiraan min 2 x 4 kaki bukan seperti kertas biasa boleh print 1 keping a4 atau 1 keping a3.
- Sticker label transparent
Antara yang menjadi permintaan terkini adalah sticker jenis transparent.
Jika anda inginkan produk anda kelihatan exclusive dan mudah menarik pandangan pelanggan anda, sticker printing transparent mungkin antara pilihan anda.
Apa yang pasti, harga yang ditetapkan mengikut jenis design yang anda pilih.
Mengetahui jenis sticker printing sahaja tidak mencukupi jika ilmu berkenaan saiz dan bentuk sticker label.
Apa yang anda perlu tahu adalah terdapat banyak bentuk yang menjadi pilihan antaranya adalah bulat, segi empat tepat, segi empat sama, kiss cut, round corner cut dan pelbagai lagi.
Bentuk sticker printing perlulah mengikut kesesuaian produk dan tempat yang akan diletakkan sticker tersebut.
Ianya perlulah mengikut saiz produk anda. Saiz standard sticker bermula daripada 3 cm X 3 cm sehingga 7cm X 7cm.
Namun begitu anda masih boleh meminta team FLEXISPRINT mencetak ukuran custom yang bersesuaian dengan produk anda.
Antara sticker label yang anda pernah jumpa, ia sebenarnya mempunyai perbezaan yang umum sering terlepas pandang atau mungkin agak keliru sedikit.
Berdasarkan ciri – ciri yang diceritakan atas, sebenarnya terdapat pelbagai jenis sticker printing yang anda sendiri boleh pilih untuk kegunaan anda.
Untuk dapatkan sticker printing label Malaysia yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan serta design yang menarik.
Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?
Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓
Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.
Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19,jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.
- No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
- No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:
Facebook @Flexisprint
Instagram @flexisprint
Leave A Comment