Hari ini, kita akan bercerita tentang sticker design custom shape dan kegunaannya yang meluas dalam pemasaran!

Kalau bercakap tentang bentuk sticker, kita sebenarnya bercakap tentang bentuk potongannya.

Ada yang bulat, ada yang bujur rupanya. Ada juga yang segiempat sama dan segiempat tepat.

Dan semestinya ada yang bentuknya pelbagai!

Macam mana nak tahu bentuk tak sekata atau simetri itu sesuai untuk produk bisnes kita?

Bayangkan produk anda bersusun-susun di atas rak di dalam kedai-kedai. Ataupun, beg doorgifts atau goody bags untuk para tetamu disusun rapi di atas meja menyambut tetamu yang berkunjung ke majlis berkaitan.

Gandingan bentuk yang luar biasa dan kombinasi skim warna yang menarik mampu membuatkan bakal pelanggan atau prospek lebih tertarik untuk datang dekat, belek dan bertanya atau beli produk kita jika kena caranya!

Sesetengah kajian psikologi berpendapat, bentuk yang tidak simetri seperti simbol dan organik memberikan kesan-kesan tertentu terhadap persepsi seseorang.

Contohnya…

Bintang – melambangkan semangat patriotisme, hubungan spritual, atau glamor

Hati – melambangkan kecintaan, hubungan romantik

Anak panah – melambangkan hala tuju, target dan sesuai jika ingin ketengahkan konsep berkaitan dengan pergerakan. Syarikat-syarikat penghantaran, perkapalan, e-hailing banyak menggunakan elemen bentuk ini.

Bentuk-bentuk organik seperti daun, batu, air dan sebagainya pula memberikan efek visual yang menenangkan. Begitu juga dengan bentuk abstrak dengan bucu yang tumpul. Kategori bentuk tidak sekata atau simetri sebegini sesuai untuk produk yang ingin mengketengahkan konsep yang tenang.

Jika bercerita tentang custom shape, gabungan bentuk simetri juga boleh termasuk dalam kategori ini. Contohnya, bentuk bulat dan segiempat tepat. Yang ini orang sesuai untuk produk-produk yang cantik jika diberi ilusi yang ianya dibalut.

Sticker Design Custom Shape 1

Jenis gabungan bentuk simetri juga mampu memberi impak dari segi visual! Contohnya, sticker transparent untuk bekas minuman take away ini. Dengan bentuk sebegini bukan sahaja cantik dari segi aestetik, malah memudahkan untuk ianya dilekat di keliling permukaan melengkung bagi sesetengah kes tertentu.

Sticker Design Custom Shape 2

Kadang-kadang, pemilihan rupa bentuk juga mengambil kira faktor tertentu seperti kenapa ia perlu direka sedemikan. Contohnya, selain daripada kekemasan dan kecantikan, ia mungkin berfungsi sebagai penanda yang bekas tersebut telah di-unseal. Ia penting untuk produk yang mungkin akan terkesan selepas penutupnya dibuka untuk pertama kali dan isinya perlu dihabiskan atau digunakan dalam tempoh waktu tertentu.

Contoh sahaja untuk memberi ilustrasi penerangan. Bukan untuk tujuan komersial.

Menarik kan kegunaan sticker jenis custom shape atau bentuk kepelbagaian ini. Adakah sticker kategori ini anda mampu dapat dengan harga mampu milik, lagi-lagilah kalau baru nak berbisnes ini? Sekali pandang, tanggapan pertama kebanyakan orang mungkin adalah yang ianya akan menjadi lebih mahal daripada bentuk-bentuk simetri yang biasa jika mengambil kira jika ada kos yang ekstra akan dikenakan.

Di FLEXISPRINT, harga sticker produk untuk yang potong ikut bentuk setanding dengan harga sticker bentuk simetri yang lain! Tak ada beza jika dibandingkan harga rata dengan spesifikasi yang sama. Anda akan dapat lihat anggaran harga di website FLEXISPRINT dengan memasukkan spesifikasi-spesifikasi yang diinginkan untuk produk anda.

Sticker Design Custom Shape 3 Sticker Design Custom Shape 4

Macam mana nak order sticker dengan FLEXISPRINT di website?

Berikut merupakan tutorial order sticker produk di website kami.

Cara yang sama juga boleh digunakan jika tuan-tuan dan puan-puan memilih opsyen sticker lain bersesuaian dengan jenis produk. Antara jenis sticker untuk pembungkusan produk lain yang kami ada adalah sticker:

  • Kalis air
  • Lutsinar
  • Produk Kosmetik

Jika anda ingin order sticker dengan potongan custom shape (bentuk selain daripada opsyen segi empat sama, segi empat tepat, bulat atau bujur), pilih opsyen potong ikut bentuk ya.

Tahukah anda?

Sesetengah produk tertakhluk kepada garis panduan tertentu seperti Peruntukan-Peruntukan Penting Pembungkusan Dan Pelabelan Makanan atau Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik oleh badan-badan berkaitan kerajaan yang berkaitan. Kalau rasa pening nak design sticker sendiri mengikut piawaian ini, team designer kami boleh bantu.

Baca sedikit mengenaiGaris Panduan Kawalan Produk Kosmetik yang telah ditulis lalu disini.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

 

 

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

 

 

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19,jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint