Artikel ini Flexisprint mahu kongsi tips usahawan kosmetik untuk label produk yang perlu diambikira sebelum proses cetakan dilakukan.  Apabila anda membuat keputusan untuk mengeluarkan kosmetik jenama sendiri, salah satu proses yang terlibat ialah pelabelan produk.  Proses pelabelan ini bukan sekadar melibatkan desain logo, kualiti material, skim warna, bentuk dan saiz sticker.

 

Sticker Label Printing di Flexisprint memudahkan anda menempah label produk dengan menawarkan pelbagai bentuk, saiz & material pada harga yang berkualiti.

 

Walaupun pelanggan boleh minta reprint jika tersilap print  atau mahu  tempahan urgent,  tips ini kami kongsi bertujuan mengurangkan risiko kerugian akibat faktor di luar kawalan kami.

 

TIPS 1.  Kenalpasti Kategori Produk Kosmetik Anda.

 

Sebenarnya produk anda produk kecantikan atau produk kosmetik? Inilah tips usahawan kosmetik untuk label produk  yang paling utama.

 

Secara luaran, produk kecantikan sering dikaitkan dengan produk kosmetik. Namun begitu, takrif kosmetik dari sudut undang-undang adalah lebih spesifik.

Produk kosmetik ditakrifkan sebagai ‘bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia dan berfungsi untuk membersih, mewangi, memperbaiki, mengubah penampilan atau mencantikkan, menghilangkan bau badan atau memelihara dan menjaga dalam keadaan yang baik’. 1

 

Secara amnya, produk kosmetik dikategorikan sebagai produk berisiko rendah berdasarkan cara penggunaan produk secara bilasan (rinse-off) contohnya produk sabun dan mandian. Kriteria pemilihan produk untuk aktiviti surveilans adalah berdasarkan potensi risiko sesuatu produk seperti produk tanpa bilas (leave-on), contohnya krim pemutih dan produk untuk kegunaan bayi. 2

 

Produk kosmetik tidak hanya merujuk kepada gincu, bedak muka, maskara malah ia merangkumi lain-lain produk penjagaan pembersihan diri seperti syampu, sabun badan dan produk penjagaan gigi.

 

Rujuk portal MyHealth untuk maklumat tentang perbezaan  Produk Kecantikan Atau Produk Kosmetik.3

 

TIPS 2. Pastikan Tuntutan Produk Pada Label Disokong Bukti Dokumentasi Mencukupi.

Tips Usahawan Kosmetik Untuk Label Produk

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia melalui kenyataan akhbar kawalan kosmetik di malaysia ,2016, menegaskan bahawa syarikat yang memasarkan kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan produk kosmetik mereka selamat, berkualiti serta tuntutan produk yang dinyatakan pada label atau iklan dapat disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi.

 

Jika anda mempunyai tuntutan produk tertentu, pastikan anda menyediakan bukti dokumentasi yang berkaitan seperti kajian klinikal, pengesahan SIRIM, atau pensijilan organik untuk menyokongnya.

 

TIPS 3. Patuhi Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik Sebelum Hantar Cetakan Label Produk.

 

Produk kosmetik adalah dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Syarikat yang ingin memasarkan produk kosmetik di Malaysia perlu mematuhi keperluan Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik.

 

 

Sesuatu produk kosmetik perlu dinotifikasikan terlebih dahulu dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dikilang, diimport, diedarkan atau dijual di Malaysia.

 

Ia mungkin mengambil sedikit masa, namun berbaloi untuk menunggu.

 

 

TIPS 4. Patuhi Garis Panduan Amalan Pengedaran Baik (AEB)  BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

 

Tips usahawan kosmetik untuk label produk yang terakhir melibatkan Garis Panduan Amalan Baik (AEB) Klausa 6.3 PELABELAN BEKAS/BAHAN PEMBUNGKUSAN  seperti berikut:

 

6.3.1 Semua bekas atau bahan pembungkusan hendaklah dilabel dengan jelas sekurang-kurangnya dengan nama bahan dan/atau produk dan/atau kosmetik, serta nombor lot kelompok.

 

6.3.2 Maklumat bertulis perlu ada bagi setiap bahan dan/atau produk dan/atau kosmetik yang disimpan yang menyatakan keadaan penyimpanan yang disyorkan, berserta apa-apa langkah berjaga-jaga yang perlu dipatuhi dan tarikh pengujian semula. Keperluan farmakopeia dan lain-lain peraturan nasional semasa berkenaan label dan bekas hendaklah dipatuhi pada setiap masa.

 

6.3.3 Bagi pengilang/pengimport, setiap perlabelan hologram haruslah direkodkan mengikut penggunaannya pada buku log. Bagi aktiviti perlabelan hologram oleh pihak ketiga, rekod pembekalan/penghantaran hologram haruslah diwujudkan dalam buku log bagi tujuan penjejakan.

 

Berita Baik Untuk Usahawan Kosmetik Tempatan Di Luar Sana.

Jika anda sudah bersedia untuk melancarkan jenama sendiri, tetapi tidak ada idea mahu design sticker untuk produk kosmetik anda,

 

  • Baru pertama kali nak cuba mendapatkan servis sticker yang tak jauh dari tempat anda di Shah Alam, atau

  • Ada idea, tapi nak survey dahulu servis, harga dan sebagainya,

 

…FLEXISPRINT sedia membantu anda!

KLIK DI SINI untuk lihat senarai Sticker Produk Kosmetik yang Flexisprint sediakan untuk usahawan kosmetik.

 

Sticker Label: Apa Yang Anda Perlu Tahu

 

atau boleh terus dapatkan sebutharga sticker di:

https://stickerflexis.wasap.my (WhatsApp)

No tel: 6011-2013 2991

 

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

 

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:

 

No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor

No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

 

Ikuti Laman Sosial

Facebook Page:  @flexisprint 

Instagram: @flexisprint 

 

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam proses pelabelan produk kosmetik yang bakal dipasarkan di atas jenama sendiri. Jadikan impian anda satu kenyataan!

 

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

 

 

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

 

 

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19,jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint