Business Card Printing

Business card atau kad perniagaan merupakan satu bahan promosi yang membawa identiti seseorang atau sesebuah organisasi.

Kebiasaannya kad diberikan kepada individu dalam sesebuah perjumpaan. Ianya mengandungi beberapa maklumat penting seperti nama, nombor telefon, emel, alamat, nama syarikat dan aktiviti syarikat.

Business card digunakan sebagai medium memperkenalkan perniagaan kepada orang lain.

Jenis Business Card

Secara amnya, kad perniagaan ini berbentuk segi empat, dicetak atas kertas art card 260gsm. Ianya dicetak menggunakan offset printing atau digital printing, dan dilengkapi kemasan matte atau gloss untuk kelihatan lebih cantik.

Terdapat pelbagai saiz dan ukuran kad perniagaan di pasaran. Antara yang selalu digunakan adalah kad bersaiz 9cm lebar X 5.4cm tinggi yang merupakan saiz ideal untuk disimpan dan dibawa kemana-mana.

Bisnes kad boleh dicetak di bahagian depan sahaja atau kedua bahagian depan dan belakang. Kebanyakan pengguna memilih cetakan berwarna berbanding hitam putih agar kad kelihatan lebih menarik.

Bagi menghasilkan design bisnes kad pula, anda boleh mengupah professional designer atau melakukannya sendiri. Terdapt pelbagai software yang boleh digunakan seperti Microsoft Power Point. Rujuk posting 5 jenis tulisan terbaik untuk menghasilkan bisnes kad yang mudah dibaca.

 

Round Corner Business Card

Tahukah anda, untuk membuatkan kad anda kelihatan lebih eksklusif, kemasan pada bahagian bucu kad juga memainkan peranan.

Di FLEXISPRINT, kami menawarkan beberapa pilihan kemasan bucu untuk para pelanggan.

Selain dari kad berbentuk petak, terdapat 14 jenis kemasan bucu bulat untuk pilihan pelanggan.

Terdapat juga pilihan saiz untuk round corner business card. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan bucu bersaiz 5mm, 6mm, 7mm atau 8mm.

 

 

Di FLEXISPRINT, kami menjalankan kedua-dua tempahan digital printing dan offset printing. FLEXISPRINT sangat komited untuk membantu para usahawan menghasilkan bahan promosi yang berkualiti untuk pemasaran anda.

Bagi melihat pelbagai sample kad yang telah siap, anda boleh terus mengunjungi premis kami di Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. FLEXISPRINT beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi sehingga 6.30 petang.

Tips tambahan: bagi menjadikan kad anda kelihatan lebih berketampilan, pelanggan boleh mencuba pelbagai jenis kad yang terdapat seperti fine linen dan sebagainya. Bagi bahagian kemasan kad, tambahan sedikit kesan hotstamping atau emboss dapat menjadikan kad anda lebih korporat.

 

Hubungi Kami

FLEXISPRINT Seksyen 2 No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor.

+6011 2013 2991 | flexisprint@gmail.com

 

FLEXISPRINT Seksyen 13 No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor.

+6011 3296 3966 | flexisprint13@gmail.com

www.flexisprint.com