Tips Design Banner Printing

 

Banner merupakan salah satu bahan promosi perniagaan yang efektif dan jimat kos. Kali ini FLEXISPRINT nak kongsikan tips design banner printing.

Selalunya, banner digunakan untuk memaparkan info-info berkaitan perniagaan atau sebagai media untuk memberitahu orang ramai tentang promosi yang anda sedang jalankan.

Oleh itu, banner seharusnya direka dengan kemas agar mesej dapat disampaikan kepada umum dengan berkesan. FLEXISPRINT memberikan tiga tips ringkas untuk anda mereka bentuk banner sendiri.

 

1. Ukur dan tentukan saiz yang sesuai – Tips Design Banner Printing

Kenal pasti lokasi pemasangan banner dan ukuran yang sesuai untuk banner tersebut.

Ukur dengan skala inci kerana harga banner ikut kiraan per kaki. 1 kaki = 12 inci. Pengukuran yang tepat membantu anda menjimatkan kos dengan mengelakkan saiz banner terlalu besar atau kecil berbanding tempat pemasangan banner.

2. Tentukan tema warna dan visual produk – Tips Design Banner Printing

Semasa anda mahu membuat promosi pastikan anda tetapkan warna yang sesuai dengan perniagaan dan promosi itu. Sertakan visual produk anda yang paling menarik atau gunakan model yang cantik seperti yang dilakukan oleh jenama terkemuka. 

Pastikan anda guna gambar yang high resolution agar gambar tidak “pecah” nanti.

3. Masukkan info penting – Tips Design Banner Printing

Dalam banner pastikan anda sertakan maklumat seperti no telefon, laman web, lokasi kedai, tarikh events atau tarikh promosi berlangsung. Ini sangat penting untuk menarik prospek pelanggan ke premis perniagaan anda.

Namun, tidak perlu masukkan terlalu banyak info sehingga menyukarkan orang untuk membaca banner anda. Pastikan design anda mudah dibaca dan catchy.

 

Setelah siap, emelkan design banner anda ke kedai percetakan yang berkaitan. Salah satu kedai percetakan Shah Alam adalah FLEXISPRINT. Kami menawarkan servis untuk menghasilkan bahan promosi perniagaan anda.

 

Hubungi Kami

FLEXISPRINT Seksyen 2 No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor.

+6011 2013 2991 | flexisprint@gmail.com

 

 

FLEXISPRINT Seksyen 13 No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor.

+6011 3296 3966 | flexisprint13@gmail.com