Setiap bisnes baru perlu buat sticker printing.
Ini sebabnya:
Saban hari, semakin ramai rakyat Malaysia mula membuka perniagaan sendiri. Penjenamaan dan pemasaran adalah kerja-kerja hakiki yang perlu dibuat oleh pemilik bisnes.
Apabila bercakap tentang printing, terdapat pelbagai jenis printing yang boleh pilih.
Printing adalah penting untuk mengedarkan risalah, brosur, kad bisnes dan profil perniagaan anda kepada pelanggan sasaran anda. Ianya merupakan salah satu platform yang boleh digunakan untuk menjenamakan serta mempromosikan produk anda.
Tapi sebelum itu, anda perlu buat kajian pemasaran terlebih dahulu sebelum memulakan kempen pemasaran anda. Kaji pelanggan, medium pemasaran berkesan dan apa mesej pemasaran yang anda sampaikan. Setelah itu, anda boleh memulakan kempen pemasaran anda.
Apa yang pasti, anda boleh menggunakan apa-apa taktik pemasaran yang berkesan untuk menarik pelanggan ke bisnes.
Sticker printing adalah salah satu taktik pemasaran yang anda boleh mulakan. Ianya boleh didapati dengan mudah sama ada dalam talian atau di kedai fizikal.
Memang terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda menggunakan sticker printing untuk memasarkan produk anda:
1. Design sticker yang menarik
Dengan design sticker yang menarik dihasilkan melalui kaedah printing, ianya mampu menaikkan jenama anda dengan cepat.
Ini kerana cetakan sticker pada produk adalah lebih ketara berbanding cetakan biasa. Simbol dan warna memainkan peranan untuk penjenamaan perniagaan anda.
Secara tidak langsung, ia dapat menarik perhatian pelanggan anda untuk membeli produk anda tanpa perlu memaksa mereka membeli.
2. Hanya perlu cabut dan tampal
Antara tips kejayaan dalam perniagaan adalah kerja yang sistematik dalam pengurusan perniagaan anda.
Dengan menggunakan printing dengan sticker, anda hanya perlu cabut kertas di belakang sticker dan kemudian tampal terus di permukaan produk anda.
Ianya cepat serta efektif.
3. Murah dan banyak pilihan
Dengan kos yang rendah, anda boleh mendapatkan sticker dengan banyak tanpa perlu berbelanja besar. Anda juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan perniagaan anda.
Anda boleh order sticker dengan banyak untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Hal ini kerana, harga sticker printing begitu murah dan ianya tidak memberikan kesan buruk dalam perniagaan anda. Bahkan, terdapat banyak pilihan design yang disediakan.
4. Dihasilkan daripada material berkualiti tinggi
Hanya kualiti yang terbaik sahaja untuk sticker printing dihasilkan. Ianya kalis air dan tidak mudak koyak. Kebanyakan sticker dihasilkan daripada vinyl paper serta dakwat kalis pudar.
Jadi, jika produk anda merupakan produk sejuk beku, anda tidak perlu risau lagi kerana sticker printing anda tidak akan koyak.
5. Sukar untuk tercabut
Salah satu kebaikan sticker printing ini adalah ianya sukar untuk tercabut apabila sudah ditampal. Hal ini kerana, kertas gam sticker yang dihasilkan merupakan kualiti tinggi.
Jadi, ianya tidak akan mudah koyak dan akan terletak dengan begitu cantiknya pada produk anda nanti tanpa sebarang kerosakan.
Kini, anda tidak perlu lagi untuk menyusahkan diri anda untuk menghasilkan design sticker produk anda.
Terdapat banyak kedai printing yang menghasilkan sticker printing berkualiti tinggi. Dengan kepakaran designer terpilih, tugas anda hanyalah membayar dan memilih design yang diingini.
Akan tetapi, anda perlulah memastikan bahawa design yang dipilih bersesuaian dengan produk yang anda jual.
Corak serta design yang dipilih mestilah mampu menambat hati si pembeli dengan hanya sekali pandang sahaja. Selamat maju jaya di dalam perniagaan anda!
Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?
Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓
Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.
Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19,jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.
- No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
- No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:
Facebook @Flexisprint
Instagram @flexisprint
Leave A Comment