Design kad kahwin dah ada? Kad kahwin dah tempah?

Sekiranya anda yang sedang memilih design kad kahwin untuk perkahwinan, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca.

Bagi bakal pengantin yang mengidamkan majlis perkahwinan yang sempurna, anda mahu majlis anda nanti diingati oleh para tetamu yang hadir dengan penuh rasa gembira dan bahagia.

Semua kelengkapan perlu disediakan; pelamin yang indah, busana perkahwinan yang menawan, katering dan sebagainya.

Alamak, ada satu lagi tertinggal! Ya, kad untuk jemput para tetamu yang hadir masih belum ditempah.

Idea design kad jemputan kahwin macam design 20 tahun lepas?

Berikut merupakan 7 design kad kahwin yang boleh membantu anda untuk mendapatkan idea design yang terbaik buat hari bahagia anda nanti!

 

Kad kahwin rustik

(Sumber Foto: https://www.facebook.com/ikahwinstore/)

Rustik design merupakan antara design yang sering kali digunapakai oleh pasangan pengantin yang menginginkan tema klasik di dalam majlis perkahwinan mereka.

Dengan menggunakan brown paper, ditambah pula dengan corak-corak pilihan daripada pasangan pengantin membuatkan kad ini seakan timbul dipermukaan.

 

Kad kahwin kartun dan animasi

 

(Sumber foto:http://www.fizgraphic.com)

Jika anda menggemari animasi anime atau jika anda seorang yang menyukai design-design yang comel serta lucu, kad kahwin design kartun dan animasi merupakan pilihan yang terbaik buat anda.

Ianya merupakan idea yang lain daripada yang lain serta kelihatan comel buat bakal pasangan pengantin.

Yang pasti, kad perkahwinan anda akan lebih ceria serta boleh membuatkan para tetamu yang dijemput terhibur dengannya.

Bukan semua benda harus formal. Kadang-kala ianya perlu diselitkan dengan senda gurau bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga pengantin dengan tetamu yang hadir.

 

Kad kahwin Lace dan riben

 

 

(Sumber foto: https://www.instagram.com/erias.anggun_weddingcard/)

Penggunaan warna pastel menjadi pilihan anak gadis masa kini. Ianya kelihatan lebih manis dan sedap mata memandang.

Dipadankan pula dengan lace dan riben bag setiap kad, pasti ianya kelihatan eksklusif oleh para tetamu yang menerima kad jemputan kahwin tersebut.

 

Kad ikut tema

 

 

(Sumber foto: https://www.instagram.com/dakwatdigital/)

Kad perkahwinan bertema merupakan antara salah satu idea yang sering kali diguna pakai.

Antara idea kreatif adalah membuat kad kahwin seperti kad pengenalan diri.

Ianya mengikut kreativiti pasangan pengantin kerana majlis perkahwinan tidak perlu terlalu formal.

 

Kad Kahwin Hipster

(Sumber foto: http://kfein.blogspot.my)

Pilih kad ini jika anda memilih konsep hipster sebagai idea design bagi kad jemputan untuk tetamu yang hadir nanti.

Tidak semua orang mampu menghasilkan design hipster yang menarik. Apabila ianya dihasilkan dengan sempurna, sudah pasti akan diingati selamanya.

 

Kad kahwin English wallpaper

design kad kahwin english wallpaper

(Sumber foto: http://ceriterakadkahwin.com)

Kepada sesiapa yang meminati konsep ala-ala Inggeris persis dalam filem Hollywood, design English wallpaper ini bakal menjadi pilihan anda.

Design yang dihasilkan adalah simple. Gabungan warna yang lembut serta corak minimalis pasti memikat hati kepada sesiapa yang melihatnya.

 

Brown paper dengan doily paper (design terkini)

kad kahwin

(Sumber foto: https://www.pinterest.com)

Design brown paper dengan doily paper merupakan design yang kian digemari ramai oleh pasangan pengantin masa kini.

Ini kerana ianya bukan sahaja cantik dan kreatif serta boleh ditempah dengan harga yang berpatutan. Ianya sesuai untuk pasangan pengantin yang mempunyai bajet yang terhad untuk majlis perkahwinan mereka.

Jadi, dalam banyak-banyak 7 design d iatas, yang manakah menjadi pilihan utama anda untuk hari bahagia nanti?

Tidak kira apa design kad kahwin yang anda suka, pastikan ianya mengikut citarasa anda dan bajet anda. Sekiranya anda sedang mencari kedai printing untuk mencetak kad jemputan perkahwinan anda, layari website kami.

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

 

 

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

 

 

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19,jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint